PEMUDA KG SERI KELEDANG

Thursday, November 25, 2010

Taiping Mali: Puak-puak Pas yang baca blog ni cukup panas teling...

Taiping Mali: Puak-puak Pas yang baca blog ni cukup panas teling...: "Tertarik dengan komen-komen orang Pas yang membela Nik Aziz dalam dua posting mengenai tok guru mereka di Mekah tahun ini. Hairan juga puak..."

Thursday, April 1, 2010

P94

PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 17 April sebagai hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan 25 April sebagai hari pengundian, umum Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada Khamis lalu. - Bernama

KETUA PEMUDA MIC ANTARA YANG DISEBUT

Sumber kuat KGC mengesahkan bahawa setakat hari ini, MIC berkemungkinan besar akan diberi peluang dengan meletakkan Ketua Pemuda mereka sebagai calon MIC selepas sibuk melaungkan bahawa kerusi tersebut adalah kuota mereka.Nama G Palanivel telah ditolak secara bulat2 atas alasan beliau telah diberi peluang tetapi gagal dalam meyakinkan rakyat bahawa dia boleh berkhidmat.

Walaupun Presiden MIC yang bermulut longkang awal2 lagi telah mengeluarkan kenyataan akan meletakkan Timb.Presiden mereka Si Palanivel yang kalah pada PRU yang lepas.Marilah kita sama2 fikir apakah rasionalnya meletak kembali calon yang kalah? Adakah hanya mahu melakukan percubaan dalam melihat sokongan terhadap mereka kerana PRK Hulu Selangor ini tidak akan mengubah pentadbiran mana2 kerajaan.Adakah mereka juga lupa yang orang2 India sudah tidak lagi menyokong mereka dan ini bukanlah satu jaminan bahawa kerusi Hulu Selangor akan kembali kepada BN.

Sokongan daripada bahagian2 MIC di Selangor bukanlah satu jaminan juga kerana setakat ini kita masih belum dapat melihat kesungguhan mereka membantu UMNO dapat merampas kembali Selangor.Adakah kita pernah lihat sebarang berita MIC Selangor mengadakan sesuatu perkara yang mampu mengugat kerajaan Selangor sekarang? Tidak ada langsung..

Apa bila menyebut tentang kuota, kita sebagai orang2 Melayu akan merasa meluat dengan sikap MIC ini kerana mereka terlupa mereka juga telah menyentuh dan mengubah status kuota bumpiputra yang telah lama diberikan kepada kita.Adakah mereka terlupa bagaimana mereka menyentuh isu kuota bumiputra dari segi ekonomi dimana Samy Vellu dan Ling leong Sik bergabung dalam mendesak Dr M dalam perkara ini.

Isu kuota orang-orang Melayu ke pusat pengajian tinggi pernah dibangkitkan oleh mereka sehingga kuota tersebut dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang dipanggil sebagai sistem merit.Dahulu kita disediakan bantuan dalam bentuk biasiwsa daripada JPA yang hanya khas untuk orang2 Melayu tetapi sekarang telah buka kepada orang2 Cina dan India.Secara langsung hak pelajar2 Melayu untuk diberi bantuan telah berjaya mereka kurangkan.Inilah MIC yang sekarang kepoh mempertikaikan hak kuota mereka.

Pendapat ramai bermula dari rakan2 FB, blogger dan juga penganalisa politik meramalkan bahawa BN akan kalah andai calon MIC diberikan peluang jelas menunjukkan mereka sependapat dengan aku bahawa MIC setakat ini tidak melakukan sesuatu yang mampu mengembalikan sokongan orang2 India kepada mereka.

Kehendak rakyat harus diberi perhatian serius selaras dengan konsep 1Malaysia.RAKYAT DIDAHULUKAN dan bukannya kuota didahulukan.Imej MIC yang kalah teruk semasa PRU 12 lepas tidak mungkin berjaya mereka pulihkan selepas tempoh 2 tahun.Peranan pengundi atas pagar juga jangan diambil ringan kerana mereka inilah penentu kemenangan bagi BN dan PKR.

PM Najib seharusnya mengambil kira pendapat rakyat tetapi dalam masa yang sama tidak meminggirkan pendapat pemimpin2 BN dalam memastikan kesejahteraan antara satu sama lain.Andai UMNO diberi peluang, itu adalah mesej jelas kepada MIC supaya bekerja lebih kuat dalam membaiki imej mereka dan mungkin akan diberi peluang di masa akan datang.

Harap2 PM Najib tidak akan lupa peranan media baru dalam meyakinkan pengundi.Jika hampir semua media memperkatakan perkara yang sama, tidak mustahil ini boleh mempengaruhi pengundi atas pagar yang akan sentiasa melihat, mendengar, membaca sebelum menyatakan pendirian masing2 semasa hari pengundian.

sumber blog http://www.kitagempur.com

Tuesday, March 30, 2010


Seperti biasa....... taktik Khalid Gagap sama seperti YB PKR yang lain apabila mahu menutup kelemahan sendiri, dituduh orang lain kecewa kerana tidak dapat projek atau sebagainya. Perenggan terakhir berita di bawah juga menunjukkan bahawa Khalid Gagap memang makin hilang sokongan....
Anggota PKR Kuala Selangor Terkilan Dakwaan MB Selangor

KUALA SELANGOR, 16 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mazli Saring, berkata beliau dan beberapa anggota parti itu terkilan dengan dakwaan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya mereka memulaukan mesyuarat agung tahunan Parti Keadilan Rakyat bahagian Kuala Selangor Ahad lepas kerana tidak diberikan habuan.

"Dakwaan itu sangat mengguris hati kami kerana kami tidak pernah pohon tanah walau seinci pun," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.


Ahad lepas, Khalid yang juga Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor, dilaporkan berkata bahawa kumpulan yang bertindak meninggalkan mesyuarat itu adalah mereka yang tidak mendapat sebarang habuan seperti tanah dan projek daripada beliau.


Mazli menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai fitnah dan bertujuan mengelirukan rakyat.

Katanya tindakan mereka meninggalkan mesyuarat itu adalah kerana ia tidak sah disebabkan tiada notis pemberitahuan yang sewajarnya diberikan manakala penyata tahunan yang dibentang tidak mengikut peraturan.

Mengenai kenyataan Setiausaha PKR Selangor Hamidi Hassan hari ini bahawa tiada anggota PKR yang meninggalkan mesyuarat agung itu, Mazli berkata kenyataan itu seolah-olah cuba menutup kelemahan kepimpinan di Kuala Selangor ekoran peletakan jawatan 13 anggota jawatankuasa bahagian itu pada 20 Jan lepas.

Ditanya kemungkinan beliau dan anggota parti yang memulaukan mesyuarat agung tahunan itu akan bertindak keluar parti, Mazli berkata mereka tidak akan berbuat demikian kerana berpendapat PKR adalah parti yang terbaik untuk rakyat.

"Kami telah berjuang dengan PKR sejak dari awal penubuhannya dan bukan kerana kami kecewa dengan Umno baru kami masuk PKR. Kami cuma nak perbetulkan parti ini, dan kepimpinan sepatutnya mendengar suara kami di akar umbi. Kami tidak ada niat langsung untuk keluar dari parti," katanya.

Bekas Ketua Penerangan PKR Kuala Selangor Ibrahim Mahidin berkata tindakan mereka mempersoalkan perjalanan mesyuarat agung tahunan itu adalah kerana ingin menegur kepimpinan parti supaya tidak mengulangi kesilapan mereka.

"Kami tidak mahu PKR cabang lain menjadikan kami sebagai contoh kerana menjalankan mesyuarat tanpa mengikut perlembagaan parti. Janganlah labelkan kami ada kepentingan kerana kami sayangkan parti.
"Sokongan kepada Menteri Besar bergantung kepada sokongan akar umbi. Sokongan semakin lama semakin cair dan justeru kita sepatutnya perkukuhkan parti. Kalau akar seperti kami tidak dimanfaat sebaiknya, akhirnya pasti akan menjadi macam situasi sekarang di mana beberapa Anggota Parlimen PKR telah keluar parti," katanya.

Sumber: Selangor Wave

Monday, March 29, 2010

ANTARA AKTIVITI PEMUDA KG SERI KELEDANG




MENGADAKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK DIANTARA PEMUDA UMNO KG SERI KELEDANG DAN PEMUDA SG BEHRANG

Sunday, March 28, 2010

BN akan kecundang di Hulu Selangor

Baru sahaja Demang tulis yang BN akan menang di Hulu Selangor, hari ini tajuknya sudah berubah. Kenapa?

Dalam PRU12 BN meletakkan calon MIC di Hulu Selangor walaupun kaum India bukanlah majoriti pengundi di situ.

Malah bukan rahsia lagi betapa tidak ada satupun kawasan parlimen di Malaysia yang majoritinya pengundi India. Namun atas dasar tolak ansur maka UMNO memberi laluan kepada kaum India meletakkan calon mereka samada MIC mahupun PPP di kawasan yang dikuasai pengundi Melayu.

Sudah tentu UMNO bukan setakat meletakkan calon India di situ bahkan bertungkus lumus berkempen bagi memastikan calon tersebut menang.

Bukan mudah meminta dan memujuk pengundi Islam memilih bukan Islam sebagai pemimpin mereka. Namun atas dasar tolak ansur dan kerjasama maka orang Melayu sanggup berkorban. Hal yang sama juga berlaku di Sungai Siput iaitu Samy Vellu diberi peluang selama TUJUH PENGGAL oleh pengundi Melayu di situ.

Ciri utama sesuatu kawasan yang diberi kepada calon India ialah ia merupakan kubu kuat UMNO!

Namun alangkah sedihnya apabila dalam PRU12 yang lalu majoriti pengundi India menyokong calon pembangkang (PKR/DAP/PAS). Bahkan Di Perak, MIC kalah di semua kawasan DUN mengakibatkan BN gagal membentuk kerajaan negeri dalam pusingan pertama. Mujur ada pusingan kedua.

Penolakan masyarakat India terhadap UMNO bukan rahsia lagi. Begitu juga majoriti masyarakat Cina. Itulah faktor kenapa BN kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU12. Orang Melayu sudah semakin sedar dengan realiti ini. Orang Melayu sudah faham bahawa UMNO tidak kalah dalam PRU12 sebaliknya dikhianati. BN disabotaj.

Maka Demang amat khuatir gerakan besar-besaran menolak calon India akan belaku sebagai protes dan akan bermula di Hulu Selangor.

Demang tidak bercakap kosong atau sekadar menyuarakan pendapat peribadi. Bahkan jika dilihat posting Demang sebelum ini meramalkan BN akan menang di Hulu Selangor. Maksudnya, artikal ini bukan pendapat Demang sebaliknya ditimbulkan rakan-rakan yang merupakan pemerhati politik tanahair. Lebih dari itu, ia adalah hasrat orang Melayu sebagai respon kepada pengkhianatan rakan kongsi mereka.

Namun Demang masih yakin BN akan menang di Hulu Selangor dengan syarat calonnya mestilah daripada UMNO sebab majoriti pengundi di situ adalah orang Melayu.

sumber petikan
http://waadat.blogspot.com/2010/03/bn-akan-kecundang-di-hulu-selangor.html

SEKITAR PROGRAM CERAMAH PENTAS PEMUDA GUGUSAN SERI KELEDANG